Syurga Yang Dirindukan
Baru-baru ini saya ada mendengar sebuah ceramah oleh Ustaz Zahazan di Youtube, di mana beliau telah menceritakan sebuah
kisah yang saya kira menarik.
Pada suatu hari datang seorang
wanita mengadu kepada Rasulullah s.a.w.
Katanya, “Ya Rasulullah,
sesungguhnya aku ini menghidap penyakit sawan. Ketika aku diserang penyakit itu
nescaya kakiku kejang, mataku terbeliak dan seringkali kainku tersingkap
justeru terdedah auratku ketika itu. Bolehkah kiranya engkau doakan pada Allah
untuk disembuhkan penyakit sawanku ini, Ya Rasululah.”
Jawab Rasulullah, “Sawan itu
adalah ujian bagimu wahai wanita. Adakah engkau mahu masuk syurga atau
disembuhkan sawanmu itu dengan belum tentu engkau masuk syurga?”
Wanita itu membalas, “Jika
begitu, usahlah engkau doakan kesembuhanku. Syurga Allah lebih aku inginkan
daripada segala yang lain di muka bumi ini.”
(Isi cerita cuba dikekalkan
dengan sedikit olahan. Wallahua’lam.)
MORAL:
1.
Mengutamakan yang lebih utama. Syurga menjadi
dambaan seluruh umat Islam berbanding nikmat lain yang bersifat sementara.
2.
Syurga Allah itu mahal harganya. Menuntut
pengorbanan dan komitmen terhadap suruhan dan laranganNya. Sudahkah kita
melengkapkan dan melayakkan diri untuknya?
3.
Indahnya niat mohon didoakan oleh Rasulullah
s.a.w disembuhkan penyakit supaya aurat tidak terdedah. Sedangkan segelintir
kita tanpa segan silu tidak menjaga aurat, malah berbangga dengan bahagian atau
bentuk tubuh yang menjadi tatapan ramai. Naudzubillah.
ti
ti
Till then,
Sarah
Sarah
Comments
Post a Comment